salam
bila teringat kejadian tu
nak ketawa pon ade
nak lepas geram pon ade
lepas meeting semalam:
cik B : ": kak, nak taw berita hot tak?"
aku : ha? ape? (dalam hati ni excited nak taw gosip .. minah kepoh la katakan)
cik B : " ade S***** n S**** dlm frezeer'
aku : ha??
nak dijadikan cerita... aku ni sebuk2 la gi tengok bukti depan mata.. siap bawak kamera kaw!!
masuk frezeer... puiiih
bendalah pe ni dalam bag..
hilang akal ke ko letak menda ni kat sini
kalau pikir positif: mungkin dia gi picnic and tertinggal dalam bag
kalau pikir negatif : Ai.. manderem ke? Astagfirullah
conclusion: kalau sebab abuk penalti sampai rm1000+
kalau ade S** bape pulak ko nk bayar penalti... choiii x payah berlagak sangat la
dari si gembeng transfrom jadi si pendendam
aku la si gembeng itu
assalamualaikum
'semua benda nak kene cakap dengan fuza'
'nasib baik ada danial'
ini lah ayat yang terngiang-giang kat telinga aku time meeting tadi
ape yang aku boleh buat?
senyum.?.ketawa?
aku menahan air mata..
senyum.. agar tak de yang tahu...betapa sedihnya hatiku
hampir saja air mata aku tumpah time meeting tadi..
cepat2 bangun dari tempat duduk dan terus keluar..
ya,
semua salah aku
ya,
aku memang tak layak untuk semua ini
ya,
aku tahu aku siapa
moga Allah sentiasa bersamaku...
moga ada cara keluar dari sini amin..
moga Allah beri kekuatan pada aku
kerana
akulah si gembeng itu..
the most politic place.
salam..
susah gak kan kerja dengan orang yang banyak kerenah
ini tak betul itu tak betul
nak kata mrs perfect tak jugak
kerja yang kita mintak tertangguh jugak
tapi kalau dalam meeting
hanya dengan satu kejayaan yang bagi aku.. u should do it before
tak payah la nak bangga sangat
tak perlu ulang banyak kali pon
naik meyampah n jelak
biasa la politik.. nak mintak orang belas kasihan kot
damn!
ni satu lagi hal
keje ko same dengan yang lain, and same jugak dengan orang lagi bawah pangkat nya
if orang yang lagi bawah pangkatnya can do what your job
and u cant do her.him job
nampak sangat la ko tu TAK GUNA
kadang-kadang kita kena paham situasi orang
bukan orang je nak paham situasi kita
ade masalah dalaman tak payah sampai orang lain tahu
tu nampak sangat tak matang.. malu kat orang
be a gud partner ... tak salah tegur cara baik...
*conclusion: sabar la wahai hati...senyum je selagi boleh.
congrate fuza... tak baik bangga diri :)
assalamualaikum..
selamat pagi semua..
lama benoor tak meng Update blog
berabuk berasap berdebu blog ni dibuatnya..
almaklumlah..
busy sangat..
kalau dulu.. aku hanya seorang dietitian je
but sekarang dah naik pangkat..
but
gitu jugak la gaji aku..

cuma beban je yang bertambah..
bila lagi nak cabar diri sendiri YE TAK?
secara officially.. Iam catering dietitian cum CO cum HR cum acting manager..
can u imagine.. just having little basic of food service and i must take responsible of whole operation
hanya Allah je tahu tekanan aku yang mengile
bila masuk meeting...
aku la yang salah
aku la yang tak betul
senyum bila kene marah
tapi
dalam hati hanya Allah yang tahu
melaksanakan sesuatu tak sama dengan memerhati
kalau maid set nak cari penalti
sampai bila hidup ko akan rasa ko adalah yang terbaik, tak pernah buat salah dan tak mungkin salah
setiap kesalahan yang staff buat mmg 100% aku akan rasa aku yang salah
gagal laksanakan amanah yang diberi
Poor me :(
salam..
lama tak update blog..
penuh spider web... hehehe
memang busy bebenor
mengalahkan ketua kampung
sampai tak sempat nak serve internet....
kisah sedih aku bermula
semenjak HACCP co company aku kerja berhenti
sejak parnership dietitian aku berhenti...
dan ditambah lagi dengan ketiadaan catering officer cum HR
semua cabut lari
aku je yang terkedek nak pasang tali kasut..
tapi xlari-lari pun..
siape sangka aku yang dari zero come to be heroin
dari seorang tukang arah orang berjaya membolot semua jawatan dlm company aku keje..
hehehe
bertuah kan?
mestilah tak..
semua pakat berhenti berlonggok longgok...
aku yang lampi ni la yang kne pikul tugas dorang before ade orang lain ambik alih takhta..
seriously aku sangat tension.. poor me!
macam nak pecah kepala..
i dont know how to organize my self
mane nak kejar trayline
mane nak buat billing
mane nak buat standart resepi..
poor me!
entry paling emo..
Salam..
bersarang lama tak update blog
kalau dulu..time study
hari-hari ade saje entry yang aku nak tulis
la ni mmang tak meyempat
mane tak nye..
kerja kul 10pagi balik dah malam
bukak internt kat tempat kerja just untuk tgk email n main facebook
itu pun kalau tak busy la
kalau busy..
makan pun tak sempat..
almost setahun 3bulan aku kerja kat situ
lately aku rasa tak besemangat n i'm feel down
rase sangat berdosa buat kerja main main
kerja kan Ibadat?
huhu....aku kena cari semangat itu balik.
dengan dugaan dan masalah kat tempat kerja
hari hari rasa nak resign.
tapi pikir balik susah nak cari kerja
tabah je la..
i'm feel so stupid when everything i have done is nothing for them
penat aku diri lama-lama jaga trayline
penalti berlambak-lambak jugak
senang senang je nak ambik penalti
bukan ke benda itu juga mesti dengan persetujuan bersama
macam useless!
ape gune jadi ketua jabatan aka HOD tapi semua keputusan untuk company sendiri orang lain tak prnah respect..
i'm feel so stupid kalau kena marah dengan pihak sana demi pertahankan company sendiri..
what can i do is be patient and do my best
paling aku angin
bila nak panggil meeting last minute
dorang ingat kita ade mase nak layan keje last minute
kalau dorang bos aku x pe la jugak
kita ni kerjasama
ade ke patut meeting pukul 2.30ptg surat panggil meeting sampai atas meja aku pukul 2.15ptg
they so annoying..
inilah perangai orang kerajaan pada akhir bulan.'
stop treat us like a rubbish
tangan gatal ke gatal tangan..?
salam
kata orang kalau tangan kanan gatal maknanye ade orang nak bagi sesuatu kat kita
tapi
kalau tangan kiri gatal pulak maknanye ade orang yang nak kena sepak dengan tangan ni
masalahnye
kedua-dua tangan aku gatal..
rasa macam ade semalu ke selumbar (huhu x sure lah)
maybe jugak sebab infection
dan mungkin jugak sebab allergy
almaklumlah ade keturunan allergy seafood
tapi aku main taram je..
kalau ade menu udang masak lemak sure le aku makan
tak ingat dah pantang larang atok nenek
teringat pulak time aku jumpe pharmacist kat falkuti dulu2
aku : saya nak beli ubat anti- histamine
(ubat allergy la.... huhu walaupun subject phamacology dapat C- tapi aku kire tau jugak la name
ubat .. teror x?)
pharmacist : mane boleh guna ubat untuk avoid allergy.. kena pantang makan lah
conclusion : pharmacist tu tak bagi aku beli ubat.. huhu aku nak untungkan bisnes ko.. ko jual mahal pulak
last-last aku pergi kat pharmacy lain... dapat gak aku beli anti- histamine tu
tapi sekarang dah tak comply dengan ubat.. main sebat je makan...
bak kata slogan cik dietitian ' you are what you eat'
dah puas makan, rasekan lah akibatnye...
letih ;(
Salam..
bila rindu :)
z
"Kalau
rindukan seseorang, baca AL-FATIHAH sambil tangan di dada.. Dan
berzikir kepada Allah dengan niat semoga dia merasai rindu kita padanya"
- Ustaz Don Daniyal -
#SubhanAllah..#
Perang sudu
Kejadian satu:
Kejadian 2:
tolong ingatkan aku ..:)
Penakut...
Tak semua kau rencana akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
c/o
Ini tidak adil tidak adil oh baginya
Ini tidak adil tidak adil oh bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya jika aku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil oh baginya
Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang kau tak pernah cuba ringankan
Ulang c/o
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
akui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
kau bersamaku
kau bukan milikku
dan engkau pun tahu
kau bukan milikku
sabar itu indah azufham....
Aku hanya persis seorang hamba,
Dugaan dan ujian makanan ruji tiap insani,
Hati ini bukan kertas yang boleh dilipat dan dibuka sesuka hati,
Lara jiwa masih punya harga diri,
Tatkala butir2 kaca tidak terbendung lagi,
Ku sandarkan kasih pada Illahi.
Aku hanya persis seorang hamba,
Tiap manusia ingin dikasihi,
Kehidupan bergerak ibarat sungai mengalir tanpa henti,
Walaupun dari selatan sudah berpaling hati,
Jadikan sabar dan redha jadi penganti,
Yang utara jangan berduka lagi,
Sematkan pada hati pasti ada 'Halal' menanti,
Rafakkan rasa syukur pada ya Rabbul Izzati..
Aku hanya persis seorang hamba,
Tiap manusia ingin dikasihi,
Kehidupan bergerak ibarat sungai mengalir tanpa henti,
Walaupun dari selatan sudah berpaling hati,
Jadikan sabar dan redha jadi penganti,
Yang utara jangan berduka lagi,
Sematkan pada hati pasti ada 'Halal' menanti,
Rafakkan rasa syukur pada ya Rabbul Izzati..
Bila bertemu dengan seseorang yang membuatkan hati kita tertarik,
itu bukan PILIHAN,
tetapi itu adalah KESEMPATAN.
Seteguh mana pun kita berdegil untuk terus ber-couple,
Sejauh mana terpisah tanpa ikatan yang sah,
Seutuh mana tangisan kamu demi bukan muhrim kamu,
Sehanyut mana jiwa dan hati menjadi fitrah,
Andai ia bukan ikatan yang sah dan HALAL, cepat-cepatlah istighfar.
sumber:http://www.kakicinta.com/2012/09/biarkan-dia-pergi.html
bila dia menjauh
Kadang – kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,
Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…
Tetapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.
Dia melakukan itu,
Kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
Kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…
Fahamilah dia,
Dan maafkan dia.
jarak ..
'bila dia menjauh,
bila masa membina jarak,
dan jarak membina tembok.
jangan pernah lupa bahawa kita pernah bertanya pada DIA tentang dia,
jangan lupa bahawa kita pernah meminta DIA menjauhkan dia,
bila dia bukan untuk kita.
maka bila dia semakin jauh,
mungkin ini petunjuk dariNYA.
belajarlah kembali menjalani hari dengan sendiri,
belajarlah menerima dengan redha dan lapang dada,
kerana aturan Allah lebih indah dan baik dari yang dijangka.
jangan pernah lupa,
semua hanya boleh berlaku dengan izin dan redhaNYA.
maka bila bukan namanya yang tertulis dalam rencanaNYA,
maka, biarlah DIA menjarakkan dia dari kita.'

dia lagi
keluar bersama macam tiada apa yang berlaku
tapi dalam hati hanya ALLAH yang tahu
jangan kau buat-buat tak tahu
sebab kita punya matlamat yang satu
3 things that i will remember always
3 things that i will remember always
1.You said I'm the one you have left
so I never left
2. You said we will walk together
and the end you left me walk alone
3.You ask me never give up on you
but you're the one who gave up on me
http://www.youtube.com/watch?v=WW7en7E1Yq8&feature=player_detailpage
untuk dia :)
Aku telah membaca coretanmu.
Terima kasih atas nasihat dan sikap
mengambil beratmu terhadap diriku.
Kau menganggap aku telah
mengecewakanmu
tetapi hakikatnya aku lebih terluka dan ditinggalkan.
Setelah aku renung kembali apa yang terjadi,
ternyata membawa duka lara
di hati ini.
Sebenarnya sepedih-pedih hatimu, pedih lagi hatiku.
Aku sedar tutur kataku yang selalu menyinggung perasaanmu,
juga setiap
perkataanmu tidak pernah dibalasi sewajarnya.
Ketahuilah tidak pernah terniat di hati ini untuk mengguris perasaanmu.
Cuma aku bimbang terlalu berharap dan sudahnya nanti aku dikecewakan.
Ingin kutegaskan di sini tiada cinta pandang pertama dalam hidupku
seperti yang kau sangkakan.
Bagiku cinta terlalu sukar dimengertikan.
Bagiku paras rupa bukan ukuran tetapi hati budi yang berjaya memenangi
hatiku.
Aku mengagumi keperibadian dan sikap bersungguh-sungguh yang kau
tunjukkan.
Cintaku juga bukan terlahir kerana cuba mengisi kesunyian selepas
ditinggalkan kekasih.
Tidak juga kerana berpura-pura seperti yang kau
yakini tapi dengan niat yang ikhlas.
Walaupun aku kelihatan tidak bersungguh-sungguh tapi kau di hatiku
selalu,
seboleh-bolehnya aku mahu lakukan yang terbaik untukmu.
Ketika lamaran datang, aku masih tidak menyedari ada sendu di hatimu.
Aku cuba menjelaskannya kerana tidak mahu melukakan hatimu tetapi tiada
kepastian.
Sebaliknya aku percaya kau akan mengunjungiku seperti yang
dilafazkan.
Kau cuma tidak mampu menidakkan kenyataan hatimu.
Tapi natijahnya aku
seorang yang merasainya.
Bagiku kau terlalu baik untuk dilukai,
salahkanlah diriku andai itu
dapat memberi ketenangan buatmu.
Tapi cubalah renungkan sejenak, sebenarnya akulah insan yang terluka
itu.
Cintaku ikhlas dan tidak meminta balasan,
aku sudah cukup gembira
dengan kasih yang diberi
dan bahagia dengan cintamu walaupun hanya seketika.
Biarlah aku pendam segala kelukaan ini seorang diri.
Aku tetap bersyukur
kerana kau pernah menemaniku dalam perjalanan yang panjang ini.
Aku harap kau dapat menganggapku sebagai sahabat dan bukan musuhmu.
Akhir kata, maaf kupinta dan pulangkan kembali gambar yang pernah kau
pinta dariku dahulu
kerana ia terlalu peribadi dan tidak pernah
kuberikan kepada sesiapa pun sebelum ini.
hari ini
hari ni aku berdiri lagi
meneruskan hidup didunia ini
tidak sekali ku berpatah lagi
menoleh kebelakang yang memeritkan hati
ku cari dia disana disini
biarpun ku yakin dia tak ke mari
jauh disudut hati
agar kau hubungi ku lagi
biarpun diakhir ucapan mu jadi diriku teman sejati
lupakan semua isi hati
aku tegas tunjukkan diriku berani
menanngung beban sorang diri
percaya lah
kau tak pernah mengerti
diri ini tidak kuat berdiri
sorang diri dengan patah hati
hati ku mennagis lagi
penat ku luah pada kau yang tak mengerti
semua nya kau mungkiri..
apa yang pasti
aku rindukan kau
wahai cinta hati
aku bangkit dengan azam yang satu
terdetik semasa kutunai solat dhuha ku
lupakan mu bukan mudah bagiku
aku yakin kau pun begitu
moga kau tenang menghadapi
hari-harimu
wahai cinta hatiku
ingat aku dalam doamu
hanya ALLAH tempat ku mengadu
disetiap akhir solatku






