bila rindu :)


  z


"Kalau rindukan seseorang, baca AL-FATIHAH sambil tangan di dada.. Dan berzikir kepada Allah dengan niat semoga dia merasai rindu kita padanya"

- Ustaz Don Daniyal -

#SubhanAllah..#

 

 

 

Perang sudu



Salam J
MyEm0.Com
Bangun2 tido rindu pulak nak blogging
Tak sabar pulak nak muntahkan semua dalam blog ni
MyEm0.Com


Betul orang kata…kerana harta kita sanggup bermusuhan
Kerana harta sanggup putus saudara..
Standard la manusia…
Almost 1 year aku kerja as catering dietitian..
Perkara yang susah sekali nak buat adalah menjaga harta syarikat..
Syarikat catering macam company aku asset berharga mcm sudu garfu mangku pinggan
Tu semua penting utk dijaga
Dalam byk2 harta ni… SUDU+Garfu lah yang susah giler nak jaga..
Bak kata supervisor si erry yai tu…
“ sudu umpama nyawa”

Kejadian satu:

Suatu hari, aku kerja full ( full x full sangat lah.. ) aka kerja sorang2
Kawan aku cuti….so ketensionan tu semua atas bahu aku
Dah la ade konflik dengan ‘org tu’.. ditambah dengan staff yang degil
Macam biasa sebelum trayline aku check ape yang perlu check lah
Kang kata aku x buat kerja pulakkan..
Tahlah angin ape masuk dalam badan tibe2 aku nak mengamuk pasaL SUDU
Berbulu aku tengok staff yang tak buat ape2 kerja.. aka melangok je
Aku pun suroh staff aku lap sudu.. tapi mcm biasa lah saje nak tunjuk garang..
MyEm0.Com
Tibe2 budak tu mengamok balik kat aku..
Memang siot….
Habis sudu dia hempas
As leader tercabar gak aku..
Tapi dalam masa sama tkut gak kalo dia bertindak luar kawalan..
Last2 aku gaduh dengan dia seminggu jugak lah tak bertegor
 MyEm0.Com

Kejadian  2:

Pagi tadi staff tak ramai..
So dekat trayline aku kena bagi sudu
MyEm0.Com
Sekarang ni sudu diberi mengikut wad dan kita amanahkan staff menjaga sudu masing2
Staff aku kena banyar rm15 untuk deposit sudu.
Ade staff yang x ambik pot pasal sudu.. mungkin kurang kesedaran bahawa penalty AKA denda akan melambong sehingga RM40 ribu  disebabkan sudu rm15.

Ade jugak staff yang terlalu taksub dengan sudu
Pantang orang nak pinjam sudu dia… nak mengamuk je
Mungkin bagi dia.. rm15 sangat2 berharga

Berbalik citer tadi:
Aku bagi sudu dengan sopannye biase la ade ‘teman tapi mesra’ yang same2 kerja dengan aku
Huhuhu hipokrit nye aku!!!
MyEm0.Com
Ade sorang staff ni sudu dia hilang.. dari awal trayline until trayline asyik nak salahkan aku
Dia kata ‘ni lah mahfuza yang bagi sudu.. habis sudu aku hilang’

Dalam hati aku membara je jangan sampai garfu ni tercocok dalam lubang hidung kau
dia yang salah aku pulak yang dipersalahkan.. memang siot


Kesimpulan:MyEm0.Com
Kerana sudu sanggup berperang…

tolong ingatkan aku ..:)


Tolong ingatkan aku
Kejayaan yang aku peroleh bukan utk dibanggakan
Jangan takbur dengan kurniaan Illahi
Jadilah org bersyukur setiap hari

Tolong ingatkan aku
Iman tidak boleh diwarisi
Jangan pernah terlintas utk mengikut bisikan hati
Yang menyimpang dari pertunjuk ILLAHI

Tolong ingatkan aku
Hidup umpama roda
Sekejap diatas sekejap dibawah
Kentalkan hati kuatkan jiwa
Ingatlah wahai hati supaya bersabar
Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama


Tolong ingatkan aku
Jangan terlalu suka
Nikmat dunia boleh buat aku lupa
Ingatlah janji kita pada sang Pencipta

Tolong ingatkan aku
Cinta itu anugerah illahi
Datang tak dipaksa hilang tiada ganti
Cinta membahagiakan bukan menyedihkan
Cinta menguatkan bukan melemahkan
Cinta pada manusia sering disakiti
Cinta Illahi aku tak mungkin  mati


tolong ingatkan aku
berikan senyuman mu walaupun payah
lagi-lagi bila hati gundah gulana
yang sudah tu biarlah sudah
semoga perjalananku dipermudah

Penakut...

Tak semua kau rencana akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

c/o
Ini tidak adil tidak adil oh baginya
Ini tidak adil tidak adil oh bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya jika aku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil oh baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang kau tak pernah cuba ringankan

Ulang c/o
Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
akui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
kau bersamaku
kau bukan milikku
dan engkau pun tahu
kau bukan milikku

sabar itu indah azufham....


Aku hanya persis seorang hamba,
Dugaan dan ujian makanan ruji tiap insani,
Hati ini bukan kertas yang boleh dilipat dan dibuka sesuka hati,
Lara jiwa masih punya harga diri,
Tatkala butir2 kaca tidak terbendung lagi,
Ku sandarkan kasih pada Illahi.

Aku hanya persis seorang hamba,
Tiap manusia ingin dikasihi,
Kehidupan bergerak ibarat sungai mengalir tanpa henti,
Walaupun dari selatan sudah berpaling hati,
Jadikan sabar dan redha jadi penganti,
Yang utara jangan berduka lagi,
Sematkan pada hati pasti ada 'Halal' menanti,
Rafakkan rasa syukur pada ya Rabbul Izzati..





*untuk D....biarpun banyak teman menemaniku...aku xboleh menipu diriku..
terkadang masaku asyik memikirkan dirimu.... alahai teruknyerrr aku..

Bila bertemu dengan seseorang yang membuatkan hati kita tertarik,
itu bukan PILIHAN,
tetapi itu adalah KESEMPATAN.





".. memang dia selalu bersama saya, tapi Allah ciptakan awak untuk menjadi makmum saya .."


Seteguh mana pun kita berdegil untuk terus ber-couple,
Sejauh mana terpisah tanpa ikatan yang sah,
Seutuh mana tangisan kamu demi bukan muhrim kamu,
Sehanyut mana jiwa dan hati menjadi fitrah,
Andai ia bukan ikatan yang sah dan HALAL, cepat-cepatlah istighfar.


Tiada apa di dunia ini milik kita melainkan dari-Nya. Biarkan dia pergi. Walau sejauh mana pun dia pergi, dia tetap akan kembali bila dia di pohon di dalam DOA dengan izin-Nya. Kau pohon la pada Allah terlebih dahulu, andai hatinya yang kau mohon.


sumber:http://www.kakicinta.com/2012/09/biarkan-dia-pergi.html

bila dia menjauh

Kadang – kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,
Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…
Tetapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.

Dia melakukan itu,
Kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
Kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…
Fahamilah dia,
Dan maafkan dia.

jarak ..


‎'bila dia menjauh,
bila masa membina jarak,
dan jarak membina tembok.


jangan pernah lupa bahawa kita pernah bertanya pada DIA tentang dia,
jangan lupa bahawa kita pernah meminta DIA menjauhkan dia, 
bila dia bukan untuk kita.


maka bila dia semakin jauh,
mungkin ini petunjuk dariNYA.
belajarlah kembali menjalani hari dengan sendiri,
belajarlah menerima dengan redha dan lapang dada,
kerana aturan Allah lebih indah dan baik dari yang dijangka.


jangan pernah lupa,
semua hanya boleh berlaku dengan izin dan redhaNYA.
maka bila bukan namanya yang tertulis dalam rencanaNYA,
maka, biarlah DIA menjarakkan dia dari kita.'




dia lagi

keluar bersama macam tiada apa yang berlaku

tapi dalam hati hanya ALLAH yang tahu

jangan kau buat-buat tak tahu

sebab kita punya matlamat yang satu



3 things that i will remember always

3 things that i will remember always

1.You said I'm the one you have left
 so I never left

2. You said we will walk together
and the end you left me walk alone

3.You ask me never give up on you
but you're the one who gave up on me





  http://www.youtube.com/watch?v=WW7en7E1Yq8&feature=player_detailpage

untuk dia :)

Aku telah membaca coretanmu.
Terima kasih atas nasihat dan sikap mengambil beratmu terhadap diriku.
Kau menganggap aku telah mengecewakanmu
tetapi hakikatnya aku lebih terluka dan ditinggalkan.
Setelah aku renung kembali apa yang terjadi,
 ternyata membawa duka lara di hati ini.
Sebenarnya sepedih-pedih hatimu, pedih lagi hatiku.

Aku sedar tutur kataku yang selalu menyinggung perasaanmu,
juga setiap perkataanmu tidak pernah dibalasi sewajarnya.
Ketahuilah tidak pernah terniat di hati ini untuk mengguris perasaanmu.
Cuma aku bimbang terlalu berharap dan sudahnya nanti aku dikecewakan.
Ingin kutegaskan di sini tiada cinta pandang pertama dalam hidupku seperti yang kau sangkakan.

Bagiku cinta terlalu sukar dimengertikan.
Bagiku paras rupa bukan ukuran tetapi hati budi yang berjaya memenangi hatiku.
Aku mengagumi keperibadian dan sikap bersungguh-sungguh yang kau tunjukkan.
Cintaku juga bukan terlahir kerana cuba mengisi kesunyian selepas ditinggalkan kekasih.
Tidak juga kerana berpura-pura seperti yang kau yakini tapi dengan niat yang ikhlas.
Walaupun aku kelihatan tidak bersungguh-sungguh tapi kau di hatiku selalu,
seboleh-bolehnya aku mahu lakukan yang terbaik untukmu.

Ketika lamaran datang, aku masih tidak menyedari ada sendu di hatimu.
Aku cuba menjelaskannya kerana tidak mahu melukakan hatimu tetapi tiada kepastian.
Sebaliknya aku percaya kau akan mengunjungiku seperti yang dilafazkan.
Kau cuma tidak mampu menidakkan kenyataan hatimu.
 Tapi natijahnya aku seorang yang merasainya.

Bagiku kau terlalu baik untuk dilukai,
salahkanlah diriku andai itu dapat memberi ketenangan buatmu.
Tapi cubalah renungkan sejenak, sebenarnya akulah insan yang terluka itu.
Cintaku ikhlas dan tidak meminta balasan,
aku sudah cukup gembira dengan kasih yang diberi
dan bahagia dengan cintamu walaupun hanya seketika.

 Biarlah aku pendam segala kelukaan ini seorang diri.
Aku tetap bersyukur kerana kau pernah menemaniku dalam perjalanan yang panjang ini.
 Aku harap kau dapat menganggapku sebagai sahabat dan bukan musuhmu.
 Akhir kata, maaf kupinta dan pulangkan kembali gambar yang pernah kau pinta dariku dahulu
kerana ia terlalu peribadi dan tidak pernah kuberikan kepada sesiapa pun sebelum ini.

hari ini

hari ni aku berdiri lagi
meneruskan hidup didunia ini
tidak sekali ku berpatah lagi
menoleh kebelakang yang memeritkan hati

ku cari dia disana disini
biarpun ku yakin dia tak ke mari
jauh disudut hati
agar kau hubungi ku lagi

biarpun diakhir ucapan mu jadi diriku teman sejati
lupakan semua isi hati
aku tegas tunjukkan diriku berani
menanngung beban sorang diri


percaya lah
kau tak pernah mengerti
diri ini tidak kuat berdiri
sorang diri dengan patah hati

hati ku mennagis lagi
penat ku luah pada kau yang tak mengerti
semua nya kau mungkiri..

apa yang pasti

aku rindukan kau

wahai cinta hati

aku bangkit dengan azam yang satu

terdetik semasa kutunai solat dhuha ku

lupakan mu bukan mudah bagiku

aku yakin kau pun begitu

moga kau tenang menghadapi

hari-harimu


wahai cinta hatiku

ingat aku dalam doamu

hanya  ALLAH tempat ku mengadu

disetiap akhir solatku




 

hari semalam dan hari ini


 


sehari bercuti
 tidak memberikan aku erti ketenangan..
hati berkecamuk
fikiran melayang asyik fikirkan dirinya..

hati hancur memikirkan beban yamg kutanggung sendiri
pada siape ku harus luahkan semua isi hati
biarpun penuh keluarga disisi
aku rasa tiada siapa yg mengerti

bila rasa diri tiada siapa fahami
aku rapat berhubung dgn ya ILLA
YANG MAHA MENGERTI..
YANG MAHA FAHAMI

kutangisi nasib diri disetiap sujud terakhir
biar ku luahkan pada Yang Memberi
tak ku tahan sakit dihati
kupinta ditenangkan hati
agar ku ceria kembali

ku baca ayat2 suci
biar hatiku tetap padaMU illahi
tidak lagi kuharap cinta duniawi
kini kuharap cinta illahi

kejamkah ku mengambil keputusan ini
ku mengalah untuk yang kusayangi
percayalah
jauh disudut hati ku harap dikau mengerti

mengalahku bukan bermaksud ku kalah
percayalah
aku sebenarnya tidak mahu kalah
tapi ape dayaku ku hanya wanita

kubangkit hari ni
dengan semangat baru
biarku bahagia tanpa dirimu
biarpun jauh di sudutku ku harap kau disisiku

langkah ke tempat kerja dgn azam yang satu
mencari rezeki itulah tujuan ku
ku buangkan jauh2 masalah ku
agar ku jadi org yang baru

kucari kau disana
untuk menguji kekuatan hatiku
hendak ku tunjuk 'profesional' nya aku
 malangnya
kau tak datang kerja
mc katanya
niat hati hendak sms 'get well soon'
malangnya telah ku delete semua kenangan kita
termasuk no phone mu
biarpun kita setuju hapuskan rasa hati itu
percaya lah dari sudut hati ku
ku masih ambil berat tentang dirimu
hanya doa ku pohon
agar kau sihat kembali

bukan mudah ku lalui dugaan ini
biar pun aku memaafkan kau
tetapi bukan mudah bagiku melupakannya..

ingat lah wahai kekasih gelap ku
bukan niat ku lukai mu
kerana kusayang dirimu
kelepas dirimu
agar rindu dan sayang mu makin mekar untuk diriku

ingatlah
kitα berkenαlαn → Allαh yg rαncαng. Kitα rαsα sukα → Allαh yg beri. Kitα bersαmα → Allαh yg αtur. Kitα berbαhαgiα → Allαh yg detikkαn.

ASAL CINTA MILIK ALLAH
PERGINYA CINTA DENGAN IZIN ALLAH
HILANGNYA CINTA ATAS KEHENDAK ALLAH
CINTAI  DAN  MENCINTAI ANUGERAH ALLAH
 
 tetapi .....



 dan jika awak rindu saya..
dengar lah lagu azfar..

http://www.youtube.com/redirect?q=http%3A%2F%2Fliriklagu.biz%2Flirik-lagu-akan-ku-jumpa-ost-syurgamu-ramadhan-azfar%2F&session_token=D2PBrrvTxHKYgcykSLtDNkQaCGZ8MTM1MjUyNjMzMEAxMzUyNDM5OTMw

 

la tahzan

la tahzan

aku menangis sendirian memikirkan dugaan yang datang tanpa diundang

pengorbanan yang aku buat terpaksa ku ikhlaskan

melalui hidup yang menyakitkan bukan mudah bagiku

aku tak kuat

bila jatuh aku takut tersungkur

kukorban kasih ku korban sayang

demi cinta tanpa restu

ku buang perasaan itu jauh-jauh..

jauh disudut hati ku harapan ku masih kuat

menangis sendiri tiada yang mngerti

ku pasrah padaMU ilahi...agar dipertemukan cinta sejati

doaku termakbul kini

ku temui teman penganti yang menanti

aku takut ku kecewa lagi

tapi dia berikan harapan

setelah ku buka hati ini

kau kecewakan ku lagi

ya ALLAH aku serik..

aku dah jatuh terduduk

aku tersandar sepi....kau biarkan ku pergi

ku mengalah kini

demi yang kau sayangi

demi ALLAH aku x rela kau pergi

tapi siapa lah aku untuk menolak takdi ini

ya Allah kekuatan ini kekuatan mu... kurniakan pada ku untuk di sambung perjalanan ini


"
Aku pernah pesan pada hati kecilku ini supaya jangan sesekali menangis dan bersedih dengan masalah yang padaku tidak penting untuk ditangiskan..Bagiku sungguh sia2!! Namun kekadang daku tidak kuat..keegoaanku rebah..tembok yang dibina jatuh kalah. Air mata yg ditahan semakin laju mengalir. Wahai sahabat menangislah jika itu boleh buat kamu tenang tapi ingat kawal lah tangismu itu.....La Tahzan Innallaha Ma'ana.."

Photo: Aku pernah pesan pada hati kecilku ini supaya jangan sesekali menangis dan bersedih dengan masalah yang padaku tidak penting untuk ditangiskan..Bagiku sungguh sia2!! Namun kekadang daku tidak kuat..keegoaanku rebah..tembok yang dibina jatuh kalah. Air mata yg ditahan semakin laju mengalir. Wahai sahabat menangislah jika itu boleh buat kamu tenang tapi ingat kawal lah tangismu itu.....La Tahzan Innallaha Ma'ana..








selamat ulang tahun :)

salam...

selamat ulang tahun to my company RWM. baru je genap setahun kontrak Di HSI....

event dah setahun beroperasi but still not stable enough..

but never mind... as we can go...it still ok.. rite?

Genap jugak la aku keje 10 bulan di sini...
as catering dietitian yang tah ape2 je..

terasa diri ni gagal jadi good leader bila penalty melambong2...

kalau dulu pernah cecah 40K,, penat je company bagi gaji kat HOD.. ape lah yang kitorang buat???

FYM.. penalty tu denda... denda yang dikenakan oleh pihak kerajaan toward our company...

but sekarang dah improve.. dari penalty rm40K sekrang dah jadi rm8k je... wow impress kan?

but setiap kali meeting penalty together with JDS.. i'm so dispointed...

what i feel is.. every single mistake because of my carelessness.. so sad..


but

tadi petang ade meeting penalty..

pelik nye.. aku terperasan ade beberapa penalty yang telah dipadam...

persoalan nye.. sape yang padam.. baik nyerr orang itu :)


Related Posts with Thumbnails