Bangun2 tido rindu pulak nak blogging
Tak sabar pulak nak muntahkan semua dalam blog ni
Betul orang kata…kerana harta kita sanggup bermusuhan
Kerana harta sanggup putus saudara..
Standard la manusia…
Almost 1 year aku kerja as catering dietitian..
Perkara yang susah sekali nak buat adalah menjaga harta
syarikat..
Syarikat catering macam company aku asset berharga mcm sudu
garfu mangku pinggan
Tu semua penting utk dijaga
Dalam byk2 harta ni… SUDU+Garfu lah yang susah giler nak
jaga..
Bak kata supervisor si erry yai tu…
“ sudu umpama nyawa”
Kejadian satu:
Suatu hari, aku kerja full ( full x full sangat lah.. ) aka
kerja sorang2
Kawan aku cuti….so ketensionan tu semua atas bahu aku
Dah la ade konflik dengan ‘org tu’.. ditambah dengan staff
yang degil
Macam biasa sebelum trayline aku check ape yang perlu check
lah
Kang kata aku x buat kerja pulakkan..
Tahlah angin ape masuk dalam badan tibe2 aku nak mengamuk
pasaL SUDU
Berbulu aku tengok staff yang tak buat ape2 kerja.. aka
melangok je
Aku pun suroh staff aku lap sudu.. tapi mcm biasa lah saje
nak tunjuk garang..
Tibe2 budak tu mengamok balik kat aku..
Memang siot….
Habis sudu dia hempas
As leader tercabar gak aku..
Tapi dalam masa sama tkut gak kalo dia bertindak luar
kawalan..
Last2 aku gaduh dengan dia seminggu jugak lah tak bertegor
Kejadian 2:
Pagi tadi staff tak ramai..
So dekat trayline aku kena bagi sudu
Sekarang ni sudu diberi mengikut wad dan kita amanahkan
staff menjaga sudu masing2
Staff aku kena banyar rm15 untuk deposit sudu.
Ade staff yang x ambik pot pasal sudu.. mungkin kurang
kesedaran bahawa penalty AKA denda akan melambong sehingga RM40 ribu disebabkan sudu rm15.
Ade jugak staff yang terlalu taksub dengan sudu
Pantang orang nak pinjam sudu dia… nak mengamuk je
Mungkin bagi dia.. rm15 sangat2 berharga
Berbalik citer tadi:
Aku bagi sudu dengan sopannye biase la ade ‘teman tapi mesra’
yang same2 kerja dengan aku
Huhuhu hipokrit nye aku!!!
Ade sorang staff ni sudu dia hilang.. dari awal trayline
until trayline asyik nak salahkan aku
Dia kata ‘ni lah mahfuza yang bagi sudu.. habis sudu aku
hilang’
Dalam hati aku membara je jangan sampai garfu ni tercocok dalam lubang hidung kau
dia yang salah aku pulak yang
dipersalahkan.. memang siot
Kerana sudu sanggup berperang…
0 comments:
Post a Comment