Salam....
Entry kali ni aku tujukkan khas buat satu-satunya lelaki yang aku paling sayang
seorang lelaki hadir dalam hidupku sejak mula aku lahir..
seorang lelaki yang telah melaungkan iqamah semasa aku lahir..
seorang lelaki yang telah menjaga & membesarkan aku
seorang lelaki yang telah mendidik aku sehingga berjaya sehingga sekarang
seorang lelaki yang berkorban selama ini untuk membesarkan aku
seorang lelaki yang satu-satunya makhluk Allah swt yang aku panggil
AYAH....
Alhamdulilah,
Aku bersyukur sebab dikurniakan seoarang AYAH.
Ayah,
Hari ini,
noi nak ayah tahu yang noi sangat (100x) sayangkan ayah,
noi nak ayah tahu yang noi bangga dengan ayah,
noi nak ayah tahu yang noi gembira dapat ayah macam ayah.
Ayah,
noi tahu noi banyak salah dengan ayah,
noi tak dengar cakap ayah,
tengok lah macam kejadian pagi tadi...
bukan noi taknak dengar cakap ayah,
tapi noi tak suka ayah pakse noi.
huh!!
noi tahu noi degil
tapi noi bukan sengaja buat ayah marah..
noi nak mintak maap dengan ayah
tapi noi malu..(huhuhuhu sebenarnya noi ego)
Ayah,
noi nak ayah tahu kat dunia ni ayah adalah satu-satunya ayah noi,
tak de orang yang boleh ganti ayah,
noi tak dapat bayangkan kalau ayah dah tak de kat dunia ni,
mesti noi sunyi nanti,
ayah, noi tak bersedia lagi...
noi takut...
nanti..
sape nak kejut noi bangun pagi2 nanti,
sape nak bebel kalau noi bangun lambat,
sape nak masakkan noi telur kicap yang sedap tu,
sape nak teman noi gi hospital kalau noi sakit
sape nak kejut noi makan ubat kalau noi sakit
sape nak tepon noi kalau noi sunyi
sape nak bagi kata-kata semangat kalau noi nak exam
sape nak peluk cium noi kalau noi lulus exam
sape lagi kalau bukan ayah...
Lastly::
Sempena HARI BAPA esok..
noi nak ucapkan Selamat Hari Bapa
Terima Kasih sebab jadi ayah yang terbaek selama noi hidup...
Semoga panjang umur dan murah rezeki..
p/s: noi nak cari suami sebijik mcm ayah....sebab noi nak anak2 noi rasa macam mane dapat ayah macam ayah...
4 comments:
thums up!!
salah eja lak.:P
tq.. azah
untung ko dpt ayah camtu..jeles aq..doakn yg terbaik buat dia.. :)
Post a Comment